Siap juga proses mendraf modul untuk program Sazali Samad Fitness Challenge - SSFC yang bakal membuka tirai tidak lama lagi.
.
Mengapa anda perlu join SSFC? Selain di bawah kendalian nama organisasi yang gah Sazali Samad Academy, jawapan terbaik yang mampu saya berikan adalah program ini bakal dilaksanakan berlandaskan modul dan silibus yang disusun mengikut status ilmu sains kecergasan dan pemakanan yang terkini.
.
Ini membuatkan SSFC berbeza dengan program kecergasan atau Weight loss lain yang ada di Malaysia. Objektif kami bukan sahaja ingin melihat rakyat Malaysia untuk kurus dan sihat, tetapi ingin melihat lebih jauh dari itu - yakni rakyat Malaysia yang SIHAT dan BERILMU.
.
Tanpa ilmu yang betul, ramai yang cedera ketika bersukan (mereka anggap ini bersenam), 'collapse' ketika bersenam walaupun selalu turun berfutsal, diet melulu dan duplicate diet ekstrim orang lain tanpa mempertimbangkan limitasi tubuh, melulu membeli suplemen tanpa usul periksa, dll. Malah ada yang sanggup tutup kipas dan air-cond di gym kerana masih dimomokkan dengan mitos 'peluh bakar lemak'.
.
Semua ini sekadar 'tip of the iceberg' yang akan didedahkan menerusi modul yang disediakan. Kalau korang rasa nak belajar lagi ilmu2 ini, apa kata join program SSFC ini, tidak kiralah sebagai peserta mahupun jurulatih. Inshaa Allah, kedua-dua jurulatih dan peserta akan mendapat manfaat. Boleh contact Shaiful Lizan Samsuri for more details.